Loading...

Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak

Loading...
Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak
link : Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak

Baca juga


Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak


TEMERLOH - Jumlah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka mencecah sebanyak 1.6 juta sepanjang sembilan hari musim perayaan tahun ini.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Secara purata jumlah kenderaan yang melalui KLK adalah 108,000 buah pada hari biasa dijangka meningkat kepada 179,000 buah manakala di LPT1, 48,000 kenderaan pada hari biasa dijangka meningkat kepada 76,600 kenderaan sehari.

"Bagi menghadapinya jumlah peningkatan itu, cadangan waktu perjalanan (TTA) akan dikeluarkan bagi mengurangkan kesesakan melampau pada waktu puncak selain melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.

"Kami juga akan memberikan diskaun tol yang akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian, melakukan rondaan trafik dan fasiliti, menambah 17 hingga 24 peratus kakitangan serta mendapatkan bantuan dari pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya.

Nik Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada program Berkongsi Barakah Ramadan iaitu edaran pek buah kurma dan juadah iftar kepada pengguna LPT1 di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia Datuk Sr Aziz Abdullah.

Menurut Nik Fauzi, Anih Berhad meneruskan tradisi tahunannya pada bulan Ramadan dengan mengedarkan edaran pek buah kurma dan juadah iftar secara percuma kepada pengguna di dua lebuh raya konsesinya.

Nik Fauzi berkata edaran pek buah kurma yang bermula pada 17 Mei hingga akhir Ramadan dilaksanakan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak menjelang waktu berbuka puasa.

Edaran secara percuma juadah iftar yang mengandungi set lauk, nasi, air mineral dan kurma pula dibuat menerusi kaunter pandu lalu khas bermula pukul 5.30 petang hingga 7.30 petang di R&R Genting Sempah, Temerloh dan Gambang arah timur.

Nik Fauzi berkata sumbangan tahun ketiga itu melibatkan 11,000 pek buah kurma percuma dan 2,500 pek juadah berbuka itu juga merupakan tanda penghargaan mereka kepada pengguna dua lebuh raya itu. #sumber


Demikianlah Artikel Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak

Sekianlah artikel Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/anih-berhad-16-juta-kenderaan-dijangka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anih Berhad: 1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya Karak"

Catat Ulasan

Loading...