Loading...

Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !

Loading...
Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !
link : Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !

Baca juga


Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !


TEMERLOH - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam siri rusuhan pasca pilihan raya Indonesia di sekitar Jakarta sejak kelmarin.

Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di ibu negara itu dan memberi jaminan kementeriannya akan terus mengikuti perkembangan semasa di negara itu.

"Kita berharap keadaan akan segera pulih seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana Ramadan Persatuan Penggerak Muafakat Pahang, di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia supaya menjauhi kawasan-kawasan tumpuan peserta demonstrasi seperti Tanah Abang, Tamrin, Sabang dan Menteng.



Media sebelum ini melaporkan enam terkorban dan 200 lagi cedera dalam rusuhan di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada demonstrasi membantah keputuan Pilihan Raya Presiden Indonesia.

Pada perkembangan lain, Saifuddn memberi jaminan kerajaan akan membantu rakyat Malaysia, P, Pannir Selvam, 32, mendapat nasihat guaman terbaik untuk mencabar proses pengampunan terhadap hukuman mati ke atasnya di Singapura.

Saifuddin mengesahkan beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen), Datuk Liew Vui Keong dan mencapai persetujuan supaya Liew menangani kes berkenaan.

Semalam, media melaporkan Mahkamah Rayuan Singapura membenarkan permohonan Pannir Selvam untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.

Pannir Selvam dijatuhkan hukuman itu pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi negara itu kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014. #sumber


Demikianlah Artikel Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !

Sekianlah artikel Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/saifuddin-tiada-rakyat-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saifuddin: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Rusuhan Di Jakarta !"

Catat Ulasan

Loading...