Loading...
Judul : Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri
link : Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri
Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan lima remaja berumur antara 16 dan 19 tahun mengalami kecederaan.
Beliau berkata kelima-lima mereka dipercayai sedang menonton lumba haram di jalan besar berhadapan Gua Kota Gelanggi Jerantut-Maran, sebelum menyedari kehadiran kereta peronda di kawasan berkenaan, yang menyebabkan mereka cuba melarikan diri.
"Mereka dipercayai melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga yang dipandu seorang suspek berusia 18 tahun, yang tidak mempunyai lesen memandu," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya pemandu dan penumpang hadapan kereta yang cedera akibat kemalangan itu dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan manakala suspek lain hanya mengalami cedera ringan.
Norzamri berkata polis mengeluarkan saman terhadap pemandu kereta di samping merakam percakapan semua suspek sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, dan menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri
Sekianlah artikel Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/polis-lima-cedera-kereta-terbabas.html

0 Response to "Polis: Lima Cedera, Kereta Terbabas Semasa Cuba Larikan Diri"
Catat Ulasan