Loading...
Judul : Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang
link : Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang
Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang
KUALA LUMPUR - Kemangkatan Paduka Ayahanda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bukan sahaja berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan rakyat Malaysia malah turut dirasai penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Penyanyi kelahiran negeri Pahang itu menyifatkan Almarhum Paduka Ayahanda seorang berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.
“Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampai bila-bila.
“Patik dan suami mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong , seluruh kerabat dan keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta’in Billah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin. Al-Fatihah,” tulisnya dalam entri laman Instagramnya, hari ini.
Almarhum Paduka Ayahanda mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi. #sumber
Demikianlah Artikel Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang
Sekianlah artikel Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/kemangkatan-paduka-ayahanda-berita.html
0 Response to "Kemangkatan Paduka Ayahanda, Berita Sedih Rakyat Pahang"
Catat Ulasan