Loading...

Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima

Loading...
Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima
link : Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima

Baca juga


Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima

\

KUANTAN - Yayasan Pahang (YP) menyampaikan sumbangan sebanyak RM56,000 kepada 433 penerima terdiri daripada mualaf dan golongan kurang berkemampuan bagi membantu mereka membuat persiapan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mahmud Mohd Nawwi berkata sumbangan itu yang meliputi bantuan wang tunai RM200 kepada penerima dewasa dan RM50 kepada kanak-kanak, diharapkan dapat menceriakan sambutan hari raya mereka.

Katanya, antara penerima sumbangan itu ialah Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pahang, Drug Intervention Community (DIC) Pahang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuantan.

Turut menerima ialah pelajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli Pahang, Smart Tahfiz Kolej Universiti Yayasan Pahang tajaan YP dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

"Ini merupakan tahun ketiga kita mengadakan program sebegini dan InsyaAllah akan diteruskan pada masa depan selari dengan matlamat YP untuk memartabatkan masyarakat, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Zunizam Abdullah, 69, yang memeluk Islam seawal usia 17 tahun berterima kasih kepada keprihatinan YP yang tidak putus-putus mengambil tahu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

"Saya rasa sangat bersyukur dengan sumbangan ini yang sememangnya akan digunakan untuk membuat persiapan raya. Seronok juga bila berkumpul dalam majlis begini kerana dapat bertemu ramai rakan senasib," katanya.

Bagi Ahmad Firdaus Ng Abdullah, 58, yang menerima sumbangan itu yang diterimanya untuk kali kedua berkata sumbangan itu akan digunakan untuk dijadikan sebahagian daripada modal menternak ayam. #sumber


Demikianlah Artikel Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima

Sekianlah artikel Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/yayasan-pahang-sumbang-rm56000-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yayasan Pahang Sumbang RM56,000 Kepada 433 Penerima"

Catat Ulasan

Loading...