Loading...
Judul : Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat
link : Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat
Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat
PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi pendirian parti dalam menyerahkan siasatan berkaitan kes penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri, kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, beliau tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai kes itu dan terpulang kepada kebijaksanaan PDRM dalam menyelesaikannya.
“Perkara ini telah saya umum, iaitu serah kepada PDRM. Saya tidak mahu buat apa-apa telahan, tapi yang sahnya kita akan dengar daripada PDRM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di Dewan Sivik, Petaling Jaya malam ini.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas laporan berita media Australia hari ini yang mengatakan tiada sebarang pengubahan digital mahupun manipulasi foto dalam video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Laporan itu turut menyebut pakar luar negara yang menganalisa video terbabit tidak dapat mengesahkan sama ada individu dalam video tersebut ialah menteri berkenaan.
Ditanya mengenai keutuhan parti berhubung insiden ini kerana terdapat dakwaan wujudnya perpecahan dalam parti, Anwar menegaskan bahawa parti itu masih kukuh. #sumber
Demikianlah Artikel Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat
Sekianlah artikel Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/anwar-kontroversi-video-lucah-biarkan.html

0 Response to "Anwar: Kontroversi Video Lucah, Biarkan Pihak Polis Menyiasat"
Catat Ulasan