Loading...

Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !

Loading...
Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !
link : Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !

Baca juga


Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !


RAUB - Seorang wanita yang bekerja sendiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa lesen, kira-kira lima bulan lepas.

Tertuduh Nurul Rohaizaz Farhana Syuhada Zazli, 25, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Mazelan Jamaludin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 3.55 petang, 22 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Bentong Makmur, Bentong dekat sini.

Dia yang berbaju kurung dan bertudung hitam didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dengan menawarkan perkhidmatan tersebut yang merupakan amalan pergigian.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mazelan menetapkan 19 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula untuk tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Abu Bakar Ismail dan Norzaizeli Abu Samah.

Tertuduh difahamkan mengiklankan perkhidmatan itu dalam akaun media sosialnya setelah mempelajari cara untuk memasang pendakap gigi daripada rakan, dengan kebanyakan ‘pelanggan’ adalah golongan remaja. #sumber


Demikianlah Artikel Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !

Sekianlah artikel Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/wanita-di-dakwa-tawar-pasang-pendakap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wanita Di Dakwa, Tawar Pasang 'Pendakap Gigi' Tanpa Lesen !"

Catat Ulasan

Loading...