Loading...

Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu

Loading...
Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu
link : Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu

Baca juga


Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu


SHAH ALAM - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa agar meletakkan jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri untuk membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepemimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd. Shaid Rosli berkata, Wan Azizah perlu meletakkan jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Dr. Mahathir dan Anwar berlaku dalam tempoh berbaki setahun lagi.

Kenyataan Mohd. Shaid itu dilihat bagi membalas tekanan dan desakan penyokong Anwar yang meminta Mahathir menyatakan segera bila tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri mahu dibuat.

“Tidak mungkin dalam pelantikkan Anwar sebagai Perdana Menteri, sedangkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri adalah Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar.

“Wan Azizah perlu terlebih dahulu melepaskan jawatannya bagi membolehkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri baharu dibuat dan seterusnya dijayakan pula proses peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dengan Anwar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram menambah, isu peralihan kuasa Perdana Menteri seharusnya dibuat mengikut persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan bukannya datang daripada satu parti sahaja.

Beliau pada masa yang sama mengingatkan PKR agar jangan mengaitkan isu dalaman parti itu mengenai penyebaran video seks sejenis mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan mana-mana parti lain dalam PH.

“Biarlah isu dalaman PKR diselesaikan kepimpinan parti itu sendiri kerana keharmonian dan kerjasama dalam PH amat penting dalam membina Malaysia baharu,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu

Sekianlah artikel Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/bersatu-selangor-wan-azizah-perlu-letak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersatu Selangor: Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dulu"

Catat Ulasan

Loading...