Loading...

Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu

Loading...
Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu
link : Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu

Baca juga


Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu


KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima watikah pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baharu di Istana Negara hari ini.

Tunku Azizah yang juga wanita pertama dilantik bagi jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 12 April lepas, menerima watikah berkenaan daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada majlis terima menghadap baginda pagi tadi.

Pelantikan Tunku Azizah itu menggantikan Sultan Pahang kelima, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat pada 22 Mei lalu.

Turut serta menghadap Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Timbalan Rektor Prof Dr Isarji Sarudin dan beberapa kepimpinan tertinggi UIAM.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, pertemuan hari ini adalah untuk memaklumkan secara rasmi kepada Tunku Azizah sebagai ketua perlembagaan serta sempena menjunjung kasih sembah maklum dan sembah tahniah atas pelantikan baginda sebagai Ketua Perlembagaan UIAM yang baharu.

Dzulkifli berkata, jubah rasmi Tunku Azizah sebagai ketua perlembagaan akan ditempah baharu menggunakan kain Tenun Pahang Diraja bagi upacara rasmi universiti.

“Jubah canselor (ketua perlembagaan) adalah baju rasmi, tapi atas titah Tuanku, baginda ingin ‘localise’ baju (jubah) tersebut dengan kain Tenun Pahang Diraja.

“Kita amat terharu kerana memang kita mahukan tradisi tempatan mewarnai universiti kita. Daripada diimport, kini reka bentuknya sendiri masih sama tapi buatannya adalah buatan tempatan khususnya dari Pahang,” katanya pada pemberita di sini hari ini. #sumber


Demikianlah Artikel Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu

Sekianlah artikel Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/raja-permaisuri-agong-di-isytihar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Raja Permaisuri Agong Di Isytihar Canselor UIAM Yang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...