Loading...

Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi

Loading...
Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi
link : Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi

Baca juga


Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi


ALOR SETAR - Gandingan pertama kali Dickson Nwakaeme dengan pemain import baharu Tok Gajah dari Namibia, Lazarus Kaimbi nyata menggembirakan barisan kejurulatihan skuad Pahang ketika bertemu Kedah, semalam.

Malah, pengendali pasukan yang kini berada di tangga kedua liga, Dollah Salleh turut berpuas hati dengan persembahan Kaimbi yang sudah hampir setahun tidak bermain bola sepak.

Apatah lagi tanpa kelibat tiga tonggak utama termasuk Mohamadou Sumareh, Dollah turut tidak menjangka dapat bermain baik secara keseluruhan dalam perlawanan pertama selepas Hari Raya Aidilfitri itu.

“Perlawanan pertama selepas raya, saya berpuas hati dengan corak Pahang bermain pada malam ini (semalam), kita banyak mencipta ruang cuma jaringan sahaja yang kita tidak dapat memanfaatkan.

“Kaimbi buat pertama kali beraksi, saya nampak tiada masalah dia bermain sebagai satu pasukan termasuk bersama Nwakaeme.

“Sebenarnya, kedua-dua pemain ini belum 100 peratus cergas kerana Nwakaeme baru pulih kecederaan hamstring dan kembali berlatih bersama pasukan tidak sampai seminggu.

“Manakala, ini adalah perlawanan kompetitif Kaimbi yang pertama selepas hampir setahun dia tidak bermain. Walaupun mereka tidak menjaringkan gol tetapi saya berpuas hati dengan aksi dipamerkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas aksi Liga Super menentang Kedah di sini, semalam.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu turut merasakan kombinasi kedua-dua pemain itu akan lebih mantap dan menjadi senjata tajam Pahang dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Nampak ada keserasian walaupun baru dua ke tiga hari kita bermain, saya percaya perlawanan selepas ini mungkin kita boleh nampak aksi mereka yang lebih mantap lagi,” kata Dollah lagi.

Selain Sumareh, Tok Gajah yang turun tanpa dua lagi tonggak mereka, Herold Goulon dan Faisal Rosli hanya meraih satu mata selepas mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Kedah. #sumber


Demikianlah Artikel Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi

Sekianlah artikel Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/bola-dollah-salleh-gembira-gandingan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bola: Dollah Salleh Gembira Gandingan Nwakaeme Dan Kaimbi"

Catat Ulasan

Loading...