Loading...

Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !

Loading...
Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !
link : Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !

Baca juga


Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !


PUTRAJAYA - Jumlah hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.1 trilion atau 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setakat akhir 2018.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan itu diteliti secara menyeluruh menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) dipengerusikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam dengan mengambil kira obligasi tunai dan komitmen kewangan jangka masa panjang.

Kenyataan itu memberitahu, jumlah tersebut berikutan peningkatan hutang langsung kerajaan sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741 bilion daripada RM686.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, peningkatan hutang langsung ini adalah untuk membiayai defisit fiskal, terutamanya bagi menampung komitmen pajakan perkongsian awam swasta (PPP) dan perbelanjaan ‘off-budget’ yang sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan secara telus.

"Jumlah jaminan yang ditanggung dan dibayar oleh kerajaan juga meningkat khususnya bagi membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang sedang diteruskan seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), MRT dan LRT.

“Peningkatan liabiliti ini bukanlah bagi membiayai projek infrastruktur baharu, tetapi untuk menampung pembiayaan projek sedang dilaksanakan. Dengan kata lain, peningkatan liabiliti ini adalah bagi menampung keperluan projek yang diluluskan oleh pentadbiran terdahulu,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan komited terhadap langkah konsolidasi fiskal, hutang dan liabiliti secara menyeluruh.

Justeru, JPH akan mengenal pasti langkah mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan ke paras lebih terkawal sambil meningkatkan kecekapan pengurusan hutang dan liabiliti.

“Ini termasuklah kajian semula projek berkos tinggi dan mengenal pasti jaminan ditanggung dan dibayar kerajaan yang boleh distruktur semula.

“Ia diperlukan kerana caj pembayaran balik hutang daripada pelbagai obligasi kewangan mengekang kerajaan daripada menyediakan peruntukan kepada program dan projek lain yang lebih produktif,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, ketika ini terdapat hutang dijamin kerajaan yang mempunyai kadar pembiayaan sama dengan entiti korporat tempatan bertaraf ‘AAA’.

Bagaimanapun, katanya, kos pembiayaan ke atas hutang yang dijamin kerajaan seharusnya hampir setara dengan kos terbitan kertas hutang kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS).

“Setakat 31 Mei lalu, kadar kupon MGS bagi tempoh 10 tahun adalah 3.78 peratus setahun dan ini adalah antara kadar terendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, JPH juga akan menyemak semula segala akta, prosedur dan perundangan yang berkaitan dengan hutang langsung, jaminan dan komitmen lain kerajaan.

“Langkah konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi memastikan kerajaan mempunyai ruang fiskal yang mencukupi bagi menghadapi sebarang krisis pada masa hadapan tanpa menjejaskan pasaran kewangan domestik, sambil menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Dengan langkah ini, kerajaan yakin penarafan kredit ‘A3’ dan ‘A-‘ bagi Malaysia dapat dikekalkan,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !

Sekianlah artikel Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/guan-eng-jumlah-hutang-dan-liabiliti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Guan Eng: Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan RM1.1 Trilion !"

Catat Ulasan

Loading...