Loading...
Judul : Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen
link : Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen
Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen
PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 28 Jun depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak tiga sen iaitu daripada RM2.41 kepada RM2.38 seliter untuk tempoh sama.
Menurutnya, penurunan itu berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.
"Pada masa sama, perkembangan semasa berikutan ketegangan di rantau Teluk seperti yang berlaku semalam juga berkemungkinan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia," katanya di sini hari ini.
Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 dan RM2.19 seliter masing-masing.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen
Sekianlah artikel Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/harga-runcit-petrol-ron95-diesel-kekal_21.html
0 Response to "Harga Runcit Petrol RON95, Diesel Kekal, RON97 Turun Tiga Sen"
Catat Ulasan