Loading...

SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !

Loading...
SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !
link : SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !

Baca juga


SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk melucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi responden kepada permohonan tersebut.

"Apa berlaku ialah kita akan mendapatkan semula lebih RM270 juta daripada wang yang diberikan kepada pelbagai individu termasuk pihak UMNO bahagian, yayasan dan syarikat.

"Daripada amaun itu, jumlah terbesar sebanyak RM212 juta daripada UMNO bahagian menerusi beberapa siri transaksi.

"Baki selebihnya daripada yayasan, syarikat termasuklah Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Pekida (Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia)," katanya pada sidang akhbar berhubung tindakan undang-undang terkini 1MDB di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Latheefa berkata, setakat ini, SPRM telah berjaya mendapatkan semula kira-kira RM919 juta yang dipulangkan secara sukarela oleh individu yang tidak mahu pendakwaan dilakukan terhadap mereka.

Sementara itu, Pengarah Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Umar Saifuddin Jaafar berkata, permohonan itu akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur secara berasingan pada empat tarikh berbeza iaitu 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 21 Julai depan. #sumber


Demikianlah Artikel SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !

Sekianlah artikel SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/sprm-berjaya-fail-permohonan-amla.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM Berjaya Fail Permohonan AMLA, Dapatkan Wang 1MDB !"

Catat Ulasan

Loading...