Loading...

Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi

Loading...
Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi
link : Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi

Baca juga


Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi


KUALA LUMPUR - Kes isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas satu pertuduhan menerima rasuah RM5 juta daripada Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd berhubung projek sistem solar sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan kemudian.

Terdahulu, Ahmad Akram memaklumkan permohonan memindahkan kes Rosmah adalah mengikut Seksyen 417 (1)(e) Kanun Tatacara Jenayah dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah tidak membantah permohonan itu.

Pada 10 April lepas, Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Datuk Rizal Mansor, bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Wang itu adalah sebagai upah kerana telah membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Gense/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Persint 10, Putrajaya pada 20 Dis 2016 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, kika sabit kesalahan. #sumber


Demikianlah Artikel Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi

Sekianlah artikel Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/kes-rasuah-projek-solar-rosmah-pindah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Pindah Ke Mahkamah Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...