Loading...

MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik

Loading...
MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik
link : MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik

Baca juga


MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik


KUANTAN - Pahang mengharamkan penggunaan beg plastik, bekas polistirena dan straw minuman di semua premis perniagaan seluruh negeri ini pada setiap Sabtu dan Ahad mulai 1 Julai ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut sebagai merealisasikan hasrat menjadikan Pahang bebas pencemaran plastik dan ke arah mewujudkan peniaga serta pengguna yang lebih bertanggungjawab.

"Tiada beg plastik dan penyedut minuman akan disediakan peruncit tanpa mengira saiz perniagaan kepada pengguna bagi pembelian Sabtu dan Ahad.

"Pengguna boleh membawa beg dan penyedut minuman sendiri sebaik sahaja keluar rumah.

Wan Rosdy (tengah) menyempurnakan acara perasmian Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di TMG Mall Tanjung Lumpur semalam.

"Caj 20 sen terhadap beg plastik dikenakan kepada pengguna pada hari Sabtu sebelum ini tidak memberi kesan positif," katanya pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di TMG Mall Tanjung Lumpur semalam.

Beliau berkata, buat masa sekarang tiada tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga mahupun pengguna sekiranya ingkar terhadap ketetapan tersebut.

"Kita lebih kepada mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Tetapi jika tidak berkesan, tindakan kompaun mungkin akan dikenakan.

"Tempoh kempen ini akan berlangsung berterusan dan diharamkan masyarakat akan memberi kerjasama," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik

Sekianlah artikel MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/mb-caj-20-sen-tiada-kesan-pahang-haram.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB: Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haram Guna Beg Plastik"

Catat Ulasan

Loading...