Loading...

Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang

Loading...
Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang
link : Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang

Baca juga


Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang


KUANTAN - Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang berkuat kuasa hari ini.

Mohd Yusri mengambil alih tugas Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang akan memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman bermula Isnin depan.

Majlis Serah Terima Tugas antara mereka berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, dengan disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar.

Mohd Zakaria dalam ucapannya mengingatkan warga polis Pahang untuk terus memberi sokongan kepada Mohd Yusri dan siapa sahaja yang dilantik untuk mengetuai kontinjen negeri kelak, bagi memastikan pasukan sentiasa berada di landasan tepat.

"Semangat setiakawan dan pasukan perlu berada di tahap yang tinggi, namun integriti kita perlu berada di tahap yang lebih tinggi kerana perkara ini diperhatikan.

"Jika Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diluluskan mungkin akan ada penguatkuasaan yang lebih tegas, tapi matlamatnya adalah untuk memastikan kita berada di landasan betul supaya tahap penghormatan orang tidak kurang daripada yang sepatutnya," katanya.

Mohd Zakaria berkata walaupun tempoh pekhidmatannya di Pahang singkat, iaitu bermula 3 Okt 2018, namun beliau bersyukur kerana sokongan semua warga polis Pahang menjadikan pengalamannya di sini sebagai antara yang paling tenang dan terkawal.

Bagaimanapun, beliau menambah masih terdapat ruang penambahbaikan untuk dilaksanakan oleh kepimpinan atasan kontinjen Pahang bagi memastikan mereka terus cemerlang.

"Saya berharap budaya tegur-menegur dilakukan pegawai kanan dengan anggota jagaan mereka. Jangan takut untuk mengambil tindakan disiplin jika perlu kerana ini dapat membetulkan kesilapan selain memberi pengajaran kepada mereka yang baru berkhidmat atau yang ditukarkan ke sini," katanya. 

Beliau menambah semua warga kontinjen Pahang juga perlu menjalankan tanggungjawab dengan cekap kerana Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa mengambil berat akan perkembangan semasa dalam negeri.

"Baginda sentiasa bertanya mengenai apa yang berlaku di Pahang dan semuanya akan sampai ke pengetahuan baginda, sama ada yang baik atau buruk…baginda juga kerap pulang dan bertemu rakyat, jadi saya berharap kita dapat mengekalkan momentum yang baik di kaca mata tuanku," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang

Sekianlah artikel Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/mohd-yusri-di-lantik-sebagai-pemangku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mohd Yusri Di Lantik Sebagai Pemangku Ketua Polis Pahang"

Catat Ulasan

Loading...