Loading...
Judul : Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa
link : Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa
Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa
TEMERLOH - Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memukul dan mencederakan isterinya Isnin lalu.
Tertuduh, Samiruddin Saari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Mengikut pertuduhan, Samiruddin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggunakan kayu penyapu, penyangkut baju, bulu ayam serta mencucuh puntung curuk di bahagian tangan kanan Nurkarimah Kamaluddin.
Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 7 petang 10 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Saga 4 di sini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R. Navini meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh memandangkan ia merupakan kes yang serius.
Bagaimanapun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tan Yu Tang memohon jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh menyara tiga orang termasuk ibu, isteri dan seorang adik orang kurang upaya (OKU).
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 8 Julai ini.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan, gara-gara membaca mesej dalam aplikasi WhatsApp telefon isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit, seorang kontraktor bertindak di luar batasan dengan memukul wanita berkenaan menggunakan kayu di ruang tamu rumah mereka di Taman Saga Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, suspek yang turut dilaporkan mencucuh puntung cerut ke tangan kanan isterinya yang merupakan seorang kakitangan awam sehingga cedera.
Akibat kejadian mangsa yang berusia 29 tahun mengalami lebam di badan sebelah kiri, mata kanan dan tangan kanan. #sumber
Demikianlah Artikel Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa
Sekianlah artikel Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/pukul-dan-cederakan-isteri-diyyaki.html
0 Response to "Pukul Dan Cederakan Isteri Diyyaki curang, Kontraktor Didakwa"
Catat Ulasan