Loading...
Judul : Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh
link : Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh
Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh
TEMERLOH - Sebanyak 17 buah rumah terjejas di Kampung Haji Ali di sini selepas rumah mereka dilanda ribut hari ini.
Lima buah daripadanya didapati rosak teruk dalam kejadian ribut yang berlaku di daerah itu kira-kira jam 5 petang.
Pegawai Pertahanan Awam daerah, Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Kampung Haji Ali telah dibuka untuk menempatkan mangsa terlibat.
Rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di Temerloh hari ini.
"Lawatan dibuat ke rumah terjejas untuk pengesahan dan mangsa dinasihati membuat laporan polis.
"Selain itu beberapa agensi terlibat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mendapatkan jumlah keseluruhan rumah yang terjejas di daerah itu," katanya.
Menurutnya, beberapa lokasi lain turut terjejas antaranya Kampung Paya Luas, Taman Temerloh Jaya 6, Kampung Paya Kecil, Kampung Tanjung Lalang dan Kampung Paya Dalam. #sumber
Demikianlah Artikel Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh
Sekianlah artikel Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/sebanyak-17-buah-rumah-terjejas-di.html
0 Response to "Sebanyak 17 Buah Rumah Terjejas Di Landa Ribut Di Temerloh"
Catat Ulasan