Loading...

Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia

Loading...
Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia
link : Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia

Baca juga


Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia


KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatat sejarah apabila tersenarai antara universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings (WUR) 2020 yang diterbitkan oleh QS Quacquarelli Symonds (QS) baru-baru ini.

Sebagai salah satu universiti awam dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), UMP yang menerajui bidang kejuruteraan dan teknologi terus mencatat pencapaian terbaik sebagai universiti teknologi lima bintang apabila berada dalam kelompok 751-800 terbaik dunia.

Naib Canselor UMP, Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata, universiti itu sebelum ini berada pada kedudukan 188 terbaik di Asia dalam QS University Ranking Asia: 2019.

Menurutnya, penilaian itu dibuat berdasarkan enam kriteria penilaian iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi per fakulti, nisbah pelajar kepada fakulti, perkadaran pengantarabangsaan fakulti dan perkadaran pelajar antarabangsa.

“Bagi penarafan indikasi pengantarabangsaan fakulti menunjukkan UMP berada di kedudukan 360 terbaik dunia manakala prestasi baik dalam indikasi reputasi pula menunjukkan UMP berada di kedudukan 501 terbaik dunia.

“Pencapaian ini menyerlahkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran di UMP yang sentiasa memberi fokus kepada pelbagai aspek teknikal dan teknologi.

“Pencapaian ini merupakan petunjuk yang baik bahawa pendekatan pengajaran dan penyelidikan di universiti ini diiktiraf dalam melahirkan graduan yang kompeten menepati kehendak industri serta mendapat pengiktirafan antarabangsa,” katanya.

Profesor Ir Dr Wan Azhar berkata, instrumen penanda aras itu membolehkan UMP mengkaji dan memperbaiki pencapaian universiti dari pelbagai perspektif.

Menurutnya, UMP akan terus bergerak maju sebagai pemain global bagi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan serta berada pada landasan terbaik sebagai universiti MTUN dalam memperkasa latihan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini.

Kejayaan UMP itu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Melalui Facebook rasminya, Wan Rosdy mengucapkan tahniah kepada warga UMP kerana menjadi universiti teknikal pertama dalam kalangan universiti teknikal di negara yang tersenarai dalam QS World University Rankings (WUR) 2020. #sumber


Demikianlah Artikel Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia

Sekianlah artikel Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/universiti-malaysia-pahang-tersenarai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Universiti Malaysia Pahang Tersenarai Universiti Terbaik Dunia"

Catat Ulasan

Loading...