Loading...

Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !

Loading...
Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !
link : Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !

Baca juga


Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !


KUANTAN - Seorang wanita berputih mata selepas wang simpanan Tabung Haji miliknya lesap akibat diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu, hanya menyedari wang simpanannya dikeluarkan tanpa pengetahuan selepas membuat semakan pada 3 Jun lalu.

Katanya, mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada anggota polis dari Kuantan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan maut di Seri Kembangan, Selangor selain turut terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

"Mangsa kemudiannya mendakwa dihubungi suspek wanita yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Aisya yang bertanyakan soalan mengenai akaun banknya. Mangsa memaklumkan dia hanya mempunyai satu akaun Tabung Haji.

"Suspek meminta mangsa menukar akaun Tabung Haji itu kepada akuan Tabung Haji baharu dengan alasan untuk siasatan dan diarahkan mendaftarkan satu nombor telefon bimbit di atas akaun tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa membuka akaun baharu pada 22 Mac lalu dan pada 3 Jun lalu, menyedari wang miliknya sebanyak RM14,600 telah dipindahkan menerusi empat transaksi secara online ke dalam akaun yang tidak dikenali.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera dekat sini semalam, dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang pengurus bank di Bera membuat laporan polis semalam, kerana menerima sekeping wang kertas RM100 yang disyaki palsu daripada seorang pelanggan.

Beliau berkata kejadian itu disedari oleh pekerja bank semasa pelanggan yang berusia 31 tahun itu mahu mendepositkan wang ke dalam akaun miliknya.

Siasatan bagi kes itu dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. #sumber


Demikianlah Artikel Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !

Sekianlah artikel Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/simpanan-tabung-haji-wanita-lesap-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Simpanan Tabung Haji wanita Lesap Di Perdaya Macau Scam !"

Catat Ulasan

Loading...