Loading...

PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka

Loading...
PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka
link : PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka

Baca juga


PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka


KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) diminta menyiasat dakwaan wujudnya unsur sabotaj terhadap isu air yang melanda penduduk Felda Jengka 6 dan Jengka 7, Maran setiap kali musim perayaan.

Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Terjah), Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, penduduk di kawasan terbabit sudah terlalu lama berdepan dengan masalah tersebut dan sepatutnya ia diselesaikan segera oleh pihak berkaitan.

Menurutnya, dia mengesyaki ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu kerana sumber dari loji yang sama di Jengka 4 yang menyalurkan air ke Felda Jengka 3 hingga 7 itu terjejas teruk setiap kali musim perayaan sahaja.

“Selepas musim perayaan ia kembali normal seperti biasa. Jadi amat aneh bila sumber yang sama hanya berlaku di kawasan tertentu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau mempersoal kenapa tiga lagi kampung yang menggunakan air dari loji yang sama tidak mengalami masalah itu.

Beliau berkata, sebelum ini Felda Jengka 6 tidak pernah mengalami bermasalah seperti di Jengka 7 kerana ia terletak dalam DUN Hulu Jempul (termasuk dalam kawasan loji).

Jelasnya, namun sejak 10 tahun yang lalu, penduduk Felda Jengka 6 mengalami nasib yang sama selepas kawasan itu berpindah ke DUN Chenor, sama dengan Felda Jengka 7.

Katanya, loji air Jengka 4 terletak dalam DUN Kuala Sentul dan semua kawasan lain iaitu Jengka 3, Jengka 4 dan Jengka 5 yang terletak dalam DUN terbabit tidak terjejas dengan isu air yang kritikal baru-baru ini.

“Jika ini situasinya, sudah pasti ada unsur sabotaj yang berlaku dengan kerjasama daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, Mohd Shukri berkata, beliau tidak teragak-agak akan membongkarkan perkara ini dengan lebih detail lagi sekiranya ada saksi-saksi yang tampil memberikan maklumat.

“Bukti sukar untuk dikumpul kerana perkara ini boleh dilakukan dengan arahan aplikasi WhatsApp atau pesanan khidmat ringkas (SMS) semata-mata,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka

Sekianlah artikel PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/paip-di-minta-menyiasat-unsur-sabotaj.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAIP Di Minta Menyiasat Unsur Sabotaj Dalam Isu Air Di Jengka"

Catat Ulasan

Loading...