Loading...
Judul : Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia !
link : Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia !
Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia !
KUALA LUMPUR - Bayi perempuan berusia sembilan bulan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah dilaporkan bakal pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui laman sosial Instagramnya memaklumkan anaknya akan menyambung proses rawatan di Malaysia tidak lama lagi.
"Maaf kerana tidak selalu kemas kini mengenai Ainul. Alhamdulillah Ainul kini sihat dan bertenaga setiap hari.
"Sekarang ini semua doktor terlibat sedang memastikan segala perancangan yang sudah dibincangkan akan dilakukan dengan baik di Malaysia nanti, terima kasih semua," katanya hari ini.
Katanya, perasaan sedih mula dirasakan kerana terpaksa berpisah dengan semua jururawat di hospital tempat Ainul dirawat (di London).
"Semua jururawat sangat baik hati dan suka beri pujian pada Ainul. Mereka jaga Ainul dengan sangat baik serta lemah lembut.
"Selamat tinggal jururawat, tinggal lagi beberapa hari saja lagi Ainul di sini. Ainul pasti akan merindui kalian semua," ujarnya lagi.
Terdahulu, Ainul yang mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ menjalani rawatan di London dan dirawat di sana sejak awal bulan ini.
Setakat hari ini, bapa, Ahmad Safiuddin, 24, turut memaklumkan anak perempuannya itu sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan semakin aktif seperti sudah mula meniarap. #sumber
Demikianlah Artikel Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia !
Sekianlah artikel Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/ainul-mardhiah-bakal-sambung-proses.html
0 Response to "Ainul Mardhiah Bakal Sambung Proses Rawatan Di Malaysia !"
Catat Ulasan