Loading...

JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !

Loading...
JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !
link : JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !

Baca juga


JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !


KUANTAN - Sebanyak 35 buah kenderaan sita dan klon termasuk yang berjenama mewah bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Lelongan awam siri 1 2019 yang julung kalinya diadakan membabitkan kenderaan klon berkenaan akan dilakukan pada 8 Ogos 2019 bertempat di Dewan Serbaguna JPJ Pahang.

Pengarah JPJ Pahang, Mohamad Abdullah berkata, lelongan awam melibatkan kenderaan sita dilakukan setiap tahun tetapi kali ini berbeza kerana kali pertama kenderaan klon dilelong.

"Sebanyak 35 buah kenderaan iaitu 15 kereta sita dan 20 kereta klon akan dilelong.

"Lelongan bukan sahaja di JPJ Kuantan tetapi beberapa lagi Pejabat JPJ di negeri ini.

"Pelbagai kereta berjenama bakal dilelong termasuk Mercedes Benz, Honda Jazz, Toyota Wish, BMW 320i E90, Mitsubishi Grandis dan banyak lagi, " katanya ketika sambutan Aidilfitri di pejabat JPJ Pahang, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku lelong yang mula dijual 17 Julai hingga 6 Ogos ini.

"Buku mengenai Lelongan ini boleh dibeli dengan harga RM50 di bahagian Kewangan JPJ Pahang.

"Semua mengenai barang lelongan, jenis kenderaan, harga dan info lengkap lain ada di dalamnya.

"Buku tersebut perlu dibeli dan selepas itu mereka boleh datang melihat kenderaan pada 5 dan 6 Ogos 2019," katanya.

Kata beliau, kenderaan yang dilelong masih berada dalam keadaan baik dan selebihnya item boleh dibeli daripada kenderaan yang diisytihar dilupuskan.

"Bagi yang ingin membeli kenderaan 'scrap' perlu memiliki lesen membeli barang lupus dan biasanya dimiliki mekanik.

"Kenderaan klon adalah kenderaan yang tidak berdaftar dan tiada perlindungan insurans.

"Lagi menarik semua kenderaan yang dilelong didaftar dengan nombor plat terkini di negeri ini," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !

Sekianlah artikel JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/jpj-pahang-lelong-35-buah-kereta-mewah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JPJ Pahang Lelong 35 Buah Kereta Mewah, Klon Yang Di Sita !"

Catat Ulasan

Loading...