Loading...

Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !

Loading...
Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !
link : Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !

Baca juga


Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !


KUANTAN, - Tiga rakan termasuk seorang remaja masing-masing didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggantung iklan syarikat pinjaman wang tidak berlesen, minggu lepas.

Majistret Nor Azizah Aling juga memerintahkan supaya Lee Chong Yau, 29, Fon Chong Sheng, 22, dan Gan Hong Ren, 19, menjalani hukuman penjara tujuh bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Semua mereka didakwa menggantung iklan pinjaman wang yang mengelirukan dan tidak jujur yang boleh mendorong orang awam untuk membuat atau cuba membuat pinjaman pada 2.35 petang, 27 Jun lepas di tepi jalan berhampiran Kompleks Mahkamah Kuantan di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan mereka disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu, dan pemeriksaan menjumpai 49 iklan syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen bersama tertuduh.

Pada prosiding itu, peguam Nurul Syafiqah Syeba Atan daripada Yayasan Bantuan Guaman yang mewakili semua tertuduh merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kerana mereka kini tidak bekerja.

"Sebelum ditangkap mereka mengambil upah menggantung iklan syarikat pinjaman itu dengan gaji sekitar RM700 sebulan. Mereka telah insaf dan berjanji akan mencari kerja lain selepas ini," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan.

Semua tertuduh menjelaskan denda tersebut. #sumber


Demikianlah Artikel Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !

Sekianlah artikel Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/tiga-rakan-di-denda-rm2200-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiga Rakan Di Denda RM2,200 Akibat Gantung Iklan Ah Long !"

Catat Ulasan

Loading...