Loading...

Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !

Loading...
Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !
link : Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !

Baca juga


Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !


KUALA LUMPUR: Komplot pembikinan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai diambil dari sebuah hotel di Sandakan, Sabah, bukti wujud konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan satu rakaman CCTV yang diedit itu, ia memaparkan pergerakan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Rashid dan Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham, sebelum dimuat naik di laman Youtube, hari ini.

Individu yang memuat naik video itu menerusi akaun Youtube menggunakan nama Rahim Jaafar.

Hilman yang kini berada di Vienna, Austria berkata, penyebaran video berkenaan jelas menunjukkan wujud motif konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej Mohamed Azmin sebagai seorang menteri dan juga ahli politik disegani.

“Video CCTV yang didedahkan hanya membuktikan ada komplot politik untuk jatuhkan Azmin, sementara video asal dan CCTV yang didedahkan hanya menimbulkan lebih banyak keraguan.

“Malah tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini mengedit video berkenaan dilihat cuba mewujudkan persoalan kepada masyarakat, meskipun mereka gagal membuktikan itu adalah Azmin Ali,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, tindakan itu jelas membuktikan bahawa terdapat cubaan untuk menaikkan ‘seseorang’.

“Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan dan pihak tidak bertanggungjawab ini seolah-olah tidak sabar untuk terus menghukum Datuk Seri Azmin.

“Perkara ini adalah serius dan Datuk Seri Azmin juga sebelum ini sudah berkali-kali menafikan dia adalah individu dalam tiga siri video lucah hubungan sejenis yang tersebar sejak 11 Jun lalu.

Katanya, Azmin juga turut meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dalam menjalankan siasatan sehinggalah keputusannya diumumkan kelak.

“Sebaik Haziq mengakui dia adalah individu dalam rakaman video lucah berkenaan, ia membuktikan ada pihak tertentu di belakangnya berkomplot memfitnah untuk menjatuhkan Azmin,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !

Sekianlah artikel Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/sebar-rakaman-cctv-hotel-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebar Rakaman CCTV Hotel, Bukti Konspirasi Jatuhkan Azmin !"

Catat Ulasan

Loading...