Loading...

Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR

Loading...
Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR
link : Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR

Baca juga


Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR


KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai ura-ura kononnya timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan, seperti dilaporkan media semalam.

Enggan mengulas lanjut hal itu, beliau turut meminta semua pihak agar berhenti melaga-lagakan mereka berdua.

"Saya tak dengar pun...media (yang) bagitahu, kita teruskanlah dengan agenda ekonomi," katanya ringkas selepas menghadiri Simposium Ekonomi Malaysia, bertemakan "Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan" di Parlimen hari ini. 

Semalam, sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, didakwa akan menyertai Parti Gerakan berikutan ketegangan antara beliau dan Anwar sebelum ini.

Mohamed Azmin bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan sehingga kini.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas, Gerakan mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional  dan sehingga kini belum menyertai mana-mana gabungan.

Sementara itu, Gerakan mengalu-alukan kemasukan mana-mana ahli atau pemimpin Pakatan Harapan jika bersetuju dan boleh menerima ideologi parti tersebut, kata Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dominic berkata, parti tersebut tidak mempunyai masalah dan terbuka untuk menerima kehadiran ahli -ahli baharu yang mementingkan dan memperjuangkan hak rakyat dalam membantu memajukan negara.

"Kami sentiasa terbuka, mengalu-alukan sesiapa sahaja, asalnya mereka bersetuju dengan ideologi kami. Gerakan adalah parti politik berbilang kaum. Semua anak Malaysia ada hak sebagai rakyat," katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh media sosial dari Sungai Petani. #sumber


Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR

Sekianlah artikel Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/anwar-ibrahim-dakwa-tak-tahu-ura-ura.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Ibrahim Dakwa Tak Tahu Ura-Ura Azmin Nak Keluar PKR"

Catat Ulasan

Loading...