Loading...
Judul : Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu
link : Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu
Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengekalkan dakwaan bahawa Ketua Polis Negara(KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai penipu berhubung siasatan video lucah membabitkan seorang lelaki mirip menteri.
Katanya, KPN telah menipu selain melindungi penjenayah dalam siasatan video lucah berkenaan.
"Kehadiran saya hari ini di Bukit Aman adalah bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh KPN sendiri kerana saya mendakwa beliau sebagai penipu.
"Saya rasa selepas diambil keterangan ia akan berakhir dengan penahanan dimana saya sudah bersedia dan kita lihatlah berapa lama mereka akan menahan saya.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa beliau tidak layak menjadi KPN dan saya memintanya melepaskan jawatan yang disandangnya," katanya ketika sidang akhbar di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman di sini hari ini.
Tambahnya, KPN tidak memberitahu perkara sebenar berhubung keputusan forensik yang diterima dari CyberSecurity Malaysia.
"Terdapat dua kemungkinan penipuan boleh berlaku pertama polis berkemungkinan tidak membekalkan gambar menteri terbabit bagi membolehkan CyberSecurity mengenalpasti pelaku dalam video berkenaan.
"Kedua, mereka mungkin membekalkan gambar menteri terbabit dan pihak CyberSecurity memaklumkan gambar berkenaan berkemungkinan 93 peratus positif namun KPN hanya menyebut bukan 100 peratus positif dan itu juga boleh ditafsirkan sebagai negatif namun ia hanya negatif tujuh peratus," jelasnya.
Lokman turut mendakwa KPN telah menyembunyikan hasil laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dari tilam yang telah diambil dari hotel berkenaan.
"Tilam berkenaan mungkin telah digunakan beribu atau beratus individu dan bila kejadian tersebut berlaku bulu roma boleh gugur, rambut, terpotong kuku serta peluh yang boleh ekstrak DNA," jelasnya. #sumber
Demikianlah Artikel Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu
Sekianlah artikel Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/kes-video-lucah-lokman-adam-kekalkan.html
0 Response to "Kes Video lucah: Lokman Adam Kekalkan Dakwaan IGP Penipu"
Catat Ulasan