Loading...

Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !

Loading...
Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !
link : Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !

Baca juga


Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !


KUANTAN - PKR Pahang hari ini menyatakan sokongan kepada Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin dan menentukan masa depan parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang Fuziah Salleh berkata 10 daripada 14 ketua cabang PKR di Pahang menandatangani petisyen memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar.

Mereka terdiri daripada ketua cabang Lipis, Cameron Highlands, Kuantan, Kuala Krau, Maran, Indera Mahkota, Raub, Jerantut, Rompin dan Temerloh.

"Empat lagi ketua cabang, iaitu Bera, Bentong, Pekan dan Paya Besar yang belum menandatangani petisyen itu sudah dihubungi, namun setakat ini masih tidak memberikan keputusan.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat spekulasi dan menunggu jika ada perkembangan baharu," katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan program Global Village di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Dewan UMP Holding di sini hari ini.

Program anjuran Kelab International Economic and Commercial Science Student Association (AIESEC) UMP merupakan program pertukaran pelajar untuk projek sosial. Turut hadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan proses mengumpul tandatangan ketua cabang negeri ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar bermula malam tadi.

Setakat ini, tujuh pengerusi MPN PKR telah menandatangani petisyen bagi menyatakan sokongan itu, iaitu Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Pulau Pinang. #sumber


Demikianlah Artikel Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !

Sekianlah artikel Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/fuziah-salleh-pkr-pahang-sokong-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fuziah Salleh: PKR Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti !"

Catat Ulasan

Loading...