Loading...

Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !

Loading...
Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !
link : Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !

Baca juga


Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !


KUANTAN: Kesan pencemaran alam sekitar, terutamanya sungai berhampiran kawasan perindustrian, berjaya dikurangkan melalui kerjasama semua pemain industri yang melabur di kawasan berkenaan.

Kesedaran dan rasa tanggungjawab pengusaha kilang juga banyak membantu kerajaan negeri dalam memastikan kesan terhadap alam sekitar dapat diminimumkan melalui kegiatan dan program kesedaran secara berterusan.

Keadaan ini dapat dilihat hasil tinjauan di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini, dengan setiap pelepasan efluen dari kilang beroperasi di situ diuruskan secara lestari.

Untuk rekod, kawasan perindustrian Gebeng yang mula dibuka pada 1997 dan dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dalam kawasan seluas 4,449 hektar adalah kluster bagi industri berasaskan kimia dan petrokimia.

Lokasinya yang strategik dengan jarak hanya tujuh kilometer (km) dari Pelabuhan Kuantan serta kira-kira 10 km dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 menghubungkan Kuantan-Terengganu dan Kuantan-Kuala Lumpur, sudah pasti kawasan perindustrian ini menjadi pilihan utama pelabur.

Walaupun kebanyakan kilang beroperasi di sini membabitkan industri petrokimia, mereka sudah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan Program Sungai Angkat Balok (BRAP) sejak 2007.

Program ini bukan saja memberi tumpuan kepada usaha melestarikan alam sekitar dengan menanam pokok bakau di sepanjang sungai Balok, tetapi turut mengadakan pelbagai kempen kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah dan penduduk di kawasan sekitar Gebeng.

Melalui BRAP juga, pelabur dan pengusaha kilang menjalinkan kerjasama baik dengan kerajaan negeri serta agensi berkaitan melalui program tanggung jawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun.

Sejak beroperasi, kawasan perindustrian Gebeng tidak pernah mencetuskan masalah, sama ada pencemaran alam sekitar atau pencemaran bahan kimia hingga menjejaskan penduduk di kawasan sekitar.

Sungai Balok dan komponen anak sungai di sepanjang kawasan berkenaan hanya mengalami masalah pencemaran serius sekitar 2013 dan ia bukanlah berpunca daripada operasi kilang di kawasan perindustrian itu.

Sebaliknya, ia berpunca daripada kelemahan pengurusan kegiatan perlombongan dan penyimpanan stok bahan mineral bauksit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Rosli Zul berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama agensi berkaitan sudah mengorak langkah pencegahan dan kesediaan untuk menangani krisis pencemaran membabitkan bahan kimia.

“Kita akan cuba pastikan apa yang berlaku di Sungai Kim Kim, Johor baru-baru ini, tidak berlaku di Pahang dan langkah ke arah itu (pencegahan) sudah diambil kerajaan negeri dan JAS Pahang serta agensi berkaitan.

“Satu jawatankuasa penyelarasan juga sudah ditubuhkan bagi meneliti risiko dan perkara berkaitan dan kita akan mula mengadakan mesyuarat pertama Khamis ini yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu dijangka membincangkan lebih lanjut mengenai kaedah pengurusan sisa buangan toksik di Pahang dan JAS diberi tanggungjawab membentangkan maklumat lengkap berkaitan pengurusan sisa buangan berjadual dihasilkan industri yang beroperasi di negeri ini. #sumber


Demikianlah Artikel Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !

Sekianlah artikel Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/kawasan-perindustrian-gebeng-bebas-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kawasan Perindustrian Gebeng Bebas Dari Kesa Pencemaran !"

Catat Ulasan

Loading...