Loading...
Judul : Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk !
link : Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk !
Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk !
Kejadian itu disedari orang ramai kira-kira jam 1 tengah hari apabila melihat pelajar berkenaan yang lengkap berpakaian seragam sekolah terbaring di atas sebuah kerusi.
Sumber berkata, pelajar itu sepatutnya mengikuti sesi pembelajaran pada sesi petang, namun bertindak menyertai dua rakannya minum minuman keras murah berhampiran sekolahnya.
“Akibat terlalu mabuk, pelajar terbabit tidak sedarkan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan pihak sekolah.
“Pasukan perubatan dikejarkan ke sekolah berkenaan dan pemeriksaan awal mendapati pelajar itu mengambil minuman keras secara berlebihan,” katanya.
Pelajar terbabit kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya akan memanggil pelajar berkenaan untuk sesi kaunseling.
“Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar terbabit bagi mengetahui masalah yang mungkin dihadapi pelajar itu,” katanya.
Beberapa gambar pelajar itu mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook petang tadi dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan pelayar internet. #sumber
Demikianlah Artikel Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk !
Sekianlah artikel Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/pelajar-tingkatan-dua-tidak-sedarkan.html

0 Response to "Pelajar Tingkatan Dua Tidak Sedarkan Diri Gara-Gara Mabuk !"
Catat Ulasan