Loading...

Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !

Loading...
Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !
link : Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !

Baca juga


Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !


KUANTAN - Seorang ahli perniagaan maut akibat ditembak selepas pulang dari sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai ditembak suspek tidak dikenali antara pukul 1.30 pagi hingga 2 pagi di Jalan Air Putih di sini.

Mangsa, yang tidak didedahkan indentitinya difahamkan sebelum itu berkunjung ke pusat hiburan bersama rakan yang berusia 47 tahun.

"Kejadian berlaku di hadapan rumah sewa rakan mangsa dengan tembakan dipercayai mula dilepaskan apabila rakan mangsa keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandu mangsa.

"Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari luar kereta yang mengenai beberapa bahagian badan mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata, rakan mangsa melarikan diri sebaik sahaja mendengar tembakan itu manakala mangsa difahamkan terus memandu kereta itu berkemungkinan untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa yang berasal dari Johor bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian apabila keretanya ditemui orang awam di hadapan farmasi berhampiran.

"Orang awam membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini namun dia disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Abd Jalil berkata, polis telah menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan dan turut menyiasat motif kejadian sama ada disebabkan gengsterisme, dendam atau perkara lain.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. #sumber


Demikianlah Artikel Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !

Sekianlah artikel Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/ahli-perniagaan-maut-di-tembak-di-jalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...