Loading...

Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula

Loading...
Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula
link : Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula

Baca juga


Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula


TEMERLOH - Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, skim itu dilihat hanya memberikan kelebihan kepada satu pihak sebelum ini dan tidak membabitkan keseluruhan termasuk pekebun tersusun di Felda dan Felcra.

Menurutnya, beliau sedar ramai pekebun kecil persendirian merayu supaya skim tersebut diperkenalkan semula.

"Kita juga ada pekebun kecil tersusun di bawah Felda, Felcra dan sebagainya. Pekebun kecil Felda mereka pinjam duit dengan kadar empat peratus.

"Jika kerajaan beri geran percuma kepada mereka (pekebun kecil persendirian), kita mewujudkan satu keadaan yang tidak adil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam dan pekebun kecil negeri ini di Dewan Akademik Usahawan Tani Kampung Awah di sini hari ini.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan ADUN Bilut, Lee Chee Chin.

Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bagi membantu pekebun kecil melakukan penanaman semula.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK berkenaan.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan dua skim iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). Ia membabitkan peruntukan dana sebanyak RM550 juta kepada pekebun kecil persendirian yang mahu melakukan penanaman semula komoditi terbabit. #sumber


Demikianlah Artikel Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula

Sekianlah artikel Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/teresa-kok-tiada-lagi-laksana-skim.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Teresa Kok: Tiada Lagi Laksana Skim Bantuan Tanaman Semula"

Catat Ulasan

Loading...