Loading...

Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos

Loading...
Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos
link : Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos

Baca juga


Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bermula pada 19 Ogos.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim, dalam keputusan sebulat suara, menolak kedua-dua rayuan yang difailkan pihak pendakwaan serta pembelaan.

"Ini bukanlah kes yang patut dan sesuai untuk campur tangan mahkamah rayuan," kata Hakim Abdul Rahman, yang mengetuai panel hakim itu.

Beliau berkata mahkamah tidak diyakinkan bahawa hakim yang berkenaan telah melaksanakan budi bicaranya atas prinsip yang salah dalam menolak permohonan untuk penangguhan.

"Yang arif hakim telah pun mengemukakan alasan beliau, dan kami berpendapat bahawa alasan yang beliau beri adalah sah,” katanya ketika mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hakim Abdul Rahman berkata hakim Mahkamah Tinggi turut menjelaskan kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa beliau bersedia untuk memenuhi jadual kedua-dua pihak apabila perlu.

"Selain itu, yang arif hakim telah memberi kebebasan kepada pihak-pihak untuk memohon tarikh dikosongkan untuk perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd diteruskan,” katanya.

Hakim Abdul Rahman berkata pendakwaan tidak boleh memilih untuk mengenakan pertuduhan berganda dan kemudian memilih untuk menangguhkannya; satu kes mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes yang satu lagi, dan menambah, mahkamah tidak boleh digunakan semata-mata sebagai repositori.

Pada 18 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan itu, yang juga dikenali sebagai ‘perbicaraan Tanore’.

Pendakwaan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan ditangguhkan buat kali keempat sehingga selesai kes Najib berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.

Najib, 66, berdepan empat pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, berjumlah RM2.28 bilion.

Anggota Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 2011 dan 2014.

Mengenai perbicaraan kes SRC yang sedang berjalan, Najib berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, memaklumkan mahkamah bahawa beliau mendapat arahan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan berkata pendakwaan akan turut merayu terhadap keputusan hari ini. #sumber


Demikianlah Artikel Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos

Sekianlah artikel Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/mahkamah-rayuan-sahkan-bicara-kes-1mdb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Rayuan Sahkan Bicara Kes 1MDB Bermula 19 Ogos"

Catat Ulasan

Loading...