Loading...

Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar

Loading...
Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar
link : Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar

Baca juga


Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar


KUANTAN - Kesemua empat anggota polis yang dimasukkan ke hospital selepas membuat pemeriksaan terhadap 15 tong bahan kimia di ladang kelapa sawit di Karak, Bentong dekat sini, sudah dibenarkan pulang.

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata dua daripada mereka telah dibenarkan pulang, petang semalam, manakala bakinya pada hari ini.

"Semua mereka bagaimanapun masih diberikan cuti rehat, bagi memastikan mereka benar-benar pulih sebelum kembali bertugas," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata daripada keterangan lapan anggota itu berpangkat Sarjan dan Konstabel, mereka mengalami pening kepala dan loya, tidak lama selepas berada di lokasi, dipercayai selepas terhidu bahan kimia itu.

Katanya, semua anggota terlibat meminta izin untuk pulang kerana tidak sihat, selepas ketibaan pasukan Jabatan Alam Sekitar dan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


"Mereka juga meminta kebenaran pegawai atasan untuk dilepaskan daripada tugasan lebih awal, namun sebagai langkah berjaga-jaga, pegawai atasan mengarahkan mereka ke klinik kesihatan di mana empat daripadanya dimasukkan ke Hospital Bentong," katanya.

Abd Jalil berkata pihaknya kini menyiasat asal bahan kimia dipercayai sodium sianida dalam bentuk pepejal itu, yang lazimnya digunakan dalam perlombongan emas bagi mencuci bahan galian itu.

"Kita melihat jika ada unsur jenayah dalam penemuan bahan kimia itu, jika ia dicuri dari lombong berhampiran atau di tempat lain dan mahu dijual kepada pengusaha lombong sekitar," katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan empat anggota polis ditahan di hospital manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar selepas mengadu tidak sihat selepas membuat pemeriksaan di lokasi kejadian. #sumber


Demikianlah Artikel Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar

Sekianlah artikel Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/semua-anggota-polis-terhidu-bahan-kimia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar"

Catat Ulasan

Loading...