Loading...
Judul : Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018
link : Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018
Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018
Perkara itu dikongsikan Pengurus Sumber Manusia Lynas, Jumaat Mansor yang berkata solat hajat yang diadakan setiap Khamis di kilang mereka di Gebeng di sini, juga memohon supaya operasi mereka yang patuh aspek keselamatan dan undang-undang itu dapat diteruskan.
"Kami memilih untuk menganjurkan solat hajat di masjid negeri kerana hari ini, mengikut tarikh kalendar Islam ialah 6 Zulhijah 1440H dan banyak kelebihan yang ada pada 10 pertama bulan tersebut.
"Sudah tentu, bulan ini juga adalah bulan kemuncak untuk Lynas yang bakal menentukan hala tuju seterusnya kerana keputusan berhubung operasi kami akan diketahui pada 15 Ogos," katanya.
Jumaat berkata demikian pada taklimat ringkas beliau di hadapan ribuan umat Islam yang menghadiri Ceramah Perdana dan Solat Hajat anjuran Lynas di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, semalam.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Jumaat berkata topik ceramah pada majlis itu berkisar kepada fitnah dan bahayanya pada akhir zaman.
Selain untuk kelangsungan operasi Lynas, solat hajat itu juga bagi mendoakan urusan pelajar yang akan menduduki pelbagai peperiksaan utama pendidikan negara ini, tidak lama lagi dipermudahkan.
Pada taklimat itu, Jumaat berkata Lynas berdepan dengan ramai pihak yang membuat andaian tidak tepat berhubung operasi mereka, menuntut supaya kilang tersebut yang menjadi punca rezeki kepada hampir 1,000 individu, ditutup.
Katanya, perkara itu bermula dari Lynas ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2008 sehingga kilang itu mengeluarkan produk pertama pada hujung tahun 2012 dan berlarutan sehingga sekarang walaupun pihak mereka telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memberi penerangan yang tepat.
"Bahan nadir bumi yang diproses di kilang kami adalah selamat dan digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti di televisyen, radio, kereta dan telefon bimbit.
"Kilang memperoses nadir bumi sebelum ini hanya ada di China. Kewujudan Lynas di Malaysia telah menjadi pesaing kepada negara itu dan mengubah pasaran iaitu China 80 peratus dan Malaysia 20 peratus.
"Mereka yang bercerita (tentang perkara tidak betul) tidak pernah datang melihat operasi Lynas dan kami terkilan juga kerana kebanyakannya adalah cerita dongeng," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018
Sekianlah artikel Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/pekerja-lynas-adakan-solat-hajat-setiap.html

0 Response to "Pekerja Lynas Adakan Solat Hajat Setiap Minggu Bermula 2018"
Catat Ulasan