Loading...
Judul : Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas !
link : Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas !
Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas !
KUANTAN - Seorang wanita berusia 21 tahun melecur 50 peratus dalam letupan tong gas di sebuah rumah di Kota Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita tersebut tidak sempat menyelamatkan diri apabila tong gas di rumahnya tiba-tiba meletup.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, sembilan anggota dan pegawai bomba bersama dua jentera ke lokasi sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi seorang perempuan didapati tercedera dan melecur di bahagian badan tetapi tidak terlalu serius. Hanya mangsa yang berada di rumah, manakala ahli keluarga lain sudah keluar.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.
"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan diberi rawatan kecemasan. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
"Bagaimanapun, kita buat pemeriksaan teliti bagi memastikan tiada apa-apa punca yang boleh menyebabkan letupan atau kebakaran berulang," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas !
Sekianlah artikel Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/seorang-wanita-melecur-50-peratus-dalam.html


0 Response to "Seorang Wanita Melecur 50 Peratus Dalam Letupan Tong Gas !"
Catat Ulasan