Loading...

Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !

Loading...
Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !
link : Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !

Baca juga


Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !


KUALA LUMPUR - Penceramah bebas Dr Zakir Naik selesai memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

Zakir hadir di Bukit Aman selepas solat Jumaat hari ini dan dilihat meninggalkan ibu pejabat polis itu pada 8.15 malam ini.

Beliau yang berpakaian putih dan berkopiah, kelihatan meninggalkan Bukit Aman dengan sebuah kereta jenis Toyota Innova dan cuba ditahan anggota media bagi mendapatkan ulasannya, namun tidak berjaya. 

Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Bukit Aman mengenai kehadiran Zakir di Bukit Aman.

Antara kenyataan kontroversi Zakir ialah semasa ceramahnya pada 3 Ogos, di mana beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding Dr Mahathir.

Beliau juga turut dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap masyarakat Cina di Malaysia dengan berkata mereka perlu diusir terlebih dahulu sebagai respons kepada desakan supaya beliau diusir dari negara ini.

Semalam, polis telah menerima 115 laporan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung isu berkenaan.

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM akan memanggil Zakir untuk disoal siasat polis berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata masalah yang dihadapi kerajaan ialah Zakir, tidak boleh dihantar balik ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.

Bagaimanapun, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu. #sumber


Demikianlah Artikel Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !

Sekianlah artikel Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/penceramah-bebas-zakir-naik-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penceramah Bebas, Zakir Naik Beri Keterangan Di Bukit Aman !"

Catat Ulasan

Loading...