Loading...

Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK

Loading...
Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK
link : Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK

Baca juga


Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK


KUANTAN - Penganjur perhimpunan anti Lynas yang akan diadakan pada Ahad ini, difahamkan masih belum mendapat kebenaran daripada pemilik premis lokasi, tempat perhimpunan hendak diadakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata beliau difahamkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) selaku pemilik taman rekreasi, Taman Gelora di sini, masih belum meluluskan perhimpunan itu.

Polis telah memaklumkan keperluan mendapatkan kelulusan pemilik premis yang merupakan sebahagian daripada peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012, pada pertemuan bersama penganjur dan peguam mereka beberapa hari lalu, katanya.

"Mereka tahu keperluan mendapatkan kelulusan MPK selaku pemilik premis, namun setakat ini, saya dimaklumkan mereka masih belum memperoleh kebenaran," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Noor mengingatkan penganjur untuk mematuhi keperluan tersebut dan segera memaklumkan polis, sebaik sahaja kebenaran untuk menggunakan Taman Gelora diperoleh.

Beliau berkata penganjur perlu mencari lokasi lain, sekiranya MPK tidak mengeluarkan kelulusan, kerana perhimpunan itu boleh dianggap tidak sah, sekaligus membolehkan tindakan diambil.

"Saya menasihatkan pihak yang terlibat untuk tidak menimbulkan sebarang pelanggaran undang-undang, dalam tindakan mereka. Patuhi undang-undang, malah peguam penganjur juga bersetuju untuk mematuhi peraturan, pada pertemuan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, pengerusi kumpulan anti Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet mendakwa, mereka telah membuat permohonan kepada MPK sejak dua minggu lalu, namun setakat ini masih belum menerima maklum balas. #sumber


Demikianlah Artikel Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK

Sekianlah artikel Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/perhimpunan-anti-lynas-masih-melum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perhimpunan Anti Lynas Masih Melum Medapat Kelulusan MPK"

Catat Ulasan

Loading...