Loading...

PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !

Loading...
PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !
link : PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !

Baca juga


PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !


SEPANG - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata status penduduk tetap (PR) pendakwah Islam, Dr Zakir Naik, boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan menunggu penyiasatan polis terhadap dakwaan kenyataan sensitif oleh pendakwah itu terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.

"Beliau (Zakir) mempunyai status PR. Kita boleh menarik balik status PR itu jika beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

"Pada masa ini polis sedang menyiasat sekiranya beliau melakukannya atau tidak. Jika beliau berbuat demikian, maka kita perlu menarik balik status PR beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat AirAsia, RedQ di sini.

Dr Mahathir berkata terdapat keperluan untuk mengambil tindakan menghalang Zakir daripada membuat ucapan provokatif, yang dilihat cuba melaga-lagakan pelbagai kaum.

Semasa ditanya sama ada beliau akan menuntut permohonan maaf daripada Zakir, Dr Mahathir berkata: "Pada masa ini, biarlah polis menyiasat keseriusan kenyataan yang beliau buat".

Mengenai ketidakpuasan kerajaan Sabah berhubung kurangnya penglibatan dalam beberapa isu termasuk isu tulisan khat, Dr Mahathir berkata kerajaan Sabah tidak mengatakan apa-apa kepada kerajaan Persekutuan.

Dr Mahathir berkata adalah tidak wajar untuk menyatakan Sabah untuk rakyat Sabah, Sarawak untuk rakyat Sarawak dan Semenanjung untuk orang Semenanjung.

"Itu suatu yang tidak baik. Kita harap kita hanya memikirkan diri kita sebagai Malaysia dan bukan sebagai kawasan tertentu," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !

Sekianlah artikel PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/pm-status-penduduk-tetap-zakir-naik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PM: Status Penduduk Tetap Zakir Naik Boleh Di Tarik Balik !"

Catat Ulasan

Loading...