Loading...

Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar

Loading...
Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar
link : Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar

Baca juga


Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar


SHAH ALAM - UMNO belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, khabar angin itu tidak sepatutnya berlaku kerana Mohamed Apandi kini berada di luar negara.

"Apa-apa kekeliruan berbangkit dan jika ada, akan diperjelaskan secara kenyataan rasmi," kata Annuar melalui akaun Twitter miliknya hari ini.

Mohamed Apandi hari ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO kerana kecewa dengan campur tangan kepimpinan parti berhubung siasatan melibatkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan tata etika sebagai ahli parti.

Menurut beliau, Lembaga Disiplin UMNO merupakan satu badan bebas yang tidak tertakluk kepada sebarang arahan pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO sebaik sahaja pulang ke tanah air daripada bercuti di luar pada awal Januari 2020.

Sebelum ini, berdasarkan sepucuk surat ditandatangani Mohamed Apandi Ali yang tersebar, Hishammuddin merangkap Ketua UMNO Bahagian Sembrong perlu memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin UMNO menerusi satu sesi pendengaran di Ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur pada hari ini.

Hishammuddin didakwa melanggar Fasal 20.8 (b), (c ), dan (f) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO, dan jika didapati benar, Ahli Parlimen Sembrong itu boleh dihukum di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada sebarang tindakan lanjut akan diambil terhadap Hishammuddin yang berdepan siasatan Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan tata etika sebagai ahli parti.

Kata Ahmad Zahid, tiada tindakan lanjut akan diambil kerana kes telah selesai sepenuhnya dan menegaskan surat tunjuk sebab yang tersebar itu adalah tidak sah. #sumber


Demikianlah Artikel Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar

Sekianlah artikel Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/annuar-musa-khabar-angin-apandi-letak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Annuar Musa: Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar"

Catat Ulasan

Loading...