Loading...
Judul : Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO !
link : Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO !
Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO !
Apandi, menerusi mesej pesanan ringkas kepada Bernama, berkata beliau membuat keputusan itu kerana mahu mengekalkan integritinya berikutan campur tangan dalam prosiding tatatertib terhadap bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Tiada siapa dalam hierarki politik boleh mencampuri fungsi Lembaga Disiplin.
"Seperti yang saya katakan, ia tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang ... Saya tidak boleh membiarkan perkara-perkara seperti itu, ia menentang prinsip kepercayaan saya dalam kedaulatan undang-undang," katanya.
Ditanya bila beliau akan secara rasmi mengemukakan surat perletakan jawatannya itu, beliau menjawab: "Apabila saya kembali ke negara ... pada awal Januari".
Hishammuddin telah diserahkan surat tunjuk sebab pada 13 Dis dan dikehendaki hadir di hadapan lembaga disiplin berhubung penglibatannya dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen UMNO dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada November.
Prosiding tatatertib itu dijadualkan hari ini tetapi ditangguhkan. #sumber
Demikianlah Artikel Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO !
Sekianlah artikel Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/apandi-ali-letak-jawatan-pengerusi.html
0 Response to "Apandi Ali Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO !"
Catat Ulasan