Loading...

Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP

Loading...
Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP
link : Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP

Baca juga


Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP


KUANTAN - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menyatakan bahawa lebih baik kembali berjuang dalam pilihan raya daripada bekerjasama dengan DAP di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Shahaniza berkata, sudah terlalu banyak kerosakan dilakukan pemimpin DAP sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Menurutnya, UMNO Bahagian Maran menyokong keputusan kepimpinan Muafakat Nasional bagi pembentukan kerajaan tanpa DAP.
"Kita tiada pilihan, dari bekerjasama dengan DAP, lebih baik kita kembali berjuang habis-habisan melalui pilihan raya segera.
"Buat masa ini, kita serah kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kita doa yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya hari ini.
Shahaniza berkata, siapa yang tidak mahu ambil alih kuasa pemerintahan selepas kerajaan PH berjaya menumbangkan kerajaan terdahulu, namun bukan pangkat yang dicari dalam gabungan bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi demi kepentingan rakyat.
"Jadi, Muafakat Nasional menolak kerajaan perpaduan apabila Dr Mahathir turut mahukan DAP bersama. Saya berpendapat mana mungkin kita bersama-sama dengan mereka (DAP)," katanya.
Beliau berharap semoga ALLAH merahmati memberikan kejayaan kepada Muafakat Nasional umat Islam serta rakyat Malaysia seluruhnya. #sumber


Demikianlah Artikel Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP

Sekianlah artikel Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/lebih-baik-berjuang-daripada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lebih Baik Berjuang Daripada Bekerjasama Dengan Parti DAP"

Catat Ulasan

Loading...