Loading...
Judul : Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang
link : Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang
Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang
KUANTAN - Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Superintendan Mohd Azam Ab Razak dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang berkuatkuasa hari ini.
Majlis serah tugas telah berlangsung sekitar jam 8.20 pagi tadi di IPK Pahang disaksikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan dan pegawai tertinggi polis Pahang.
Mohd Azam, 44, berasal dari Kelantan merupakan graduan Master Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau menggantikan Pemangku Asisten Komisioner Lam Thiat Huat yang telah berkhidmat selama empat tahun dua bulan dan akan bertugas di Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (Perundangan Siasatan).
Terdahulu, Mohd Azam bertugas selama 10 bulan di IPD Sentul dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka pada tahun 2014 serta Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah pada tahun 2012. #sumber
Demikianlah Artikel Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang
Sekianlah artikel Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/mohd-azam-dilantik-ketua-jsjn-ibu.html
0 Response to "Mohd Azam Dilantik Ketua JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Pahang"
Catat Ulasan