Loading...
Judul : Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini
link : Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini
Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini
Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 99 lagi kes pulih dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya ialah 3,762 atau 65.5 peratus.
Noor Hisham juga memaklumkan bahawa 51 kes Covid-19 baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah dicatatkan ialah 5,742.
Mengambil kira pesakit yang sudah pulih, jumlah kes aktif di Malaysia ialah 1,882. Mereka sudah diasingkan dan kini menerima rawatan.
Daripada jumlah itu, kata Noor Hisham, 36 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dua kes kematian terbaru setakat tengah hari tadi ialah:
Kes kematian ke-97 (kes ke-2354) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi.
Kes kematian ke-98 (kes ke-2806) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1346 (yang merupakan anak beliau). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 5.43 petang. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini
Sekianlah artikel Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/covid-19-2-lagi-korban-51-kes-baru-655.html
0 Response to "Covid-19: 2 Lagi Korban, 51 Kes Baru & 65.5% Pulih Hari Ini"
Catat Ulasan