Loading...
Judul : Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat !
link : Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat !
Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat !
KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap melarang penganjuran Liga Malaysia atau sebarang aktiviti perkumpulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, larangan aktiviti perkumpulan merupakan salah satu prosedur standard operasi (SOP) yang perlu dipatuhi rakyat selepas PKP tamat.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) katanya, sedang menyediakan SOP-SOP yang perlu dipatuhi selepas tempoh PKP ditamatkan, tambahnya.
“Katalah PKP tamat pada hari ini, bukan bermakna esok semua orang boleh bergerak bebas.
"Ada lagi SOP-SOP lain yang akan diperkenalkan dan perlu dipatuhi.
“Perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan. Itu salah satu perkara yang kita tidak akan benarkan walaupun PKP ditamatkan,” katanya semasa sidang media hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, persatuan tersebut bersama Kementerian Belia dan Sukan telah menulis surat kepada MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan kelulusan untuk menggunakan SOP bagi Liga Malaysia yang telah ditunda sejak 16 Mac lalu #sumber
Demikianlah Artikel Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat !
Sekianlah artikel Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/04/liga-malaysia-tetap-tidak-di-benarkan.html

0 Response to "Liga-Malaysia Tetap Tidak Di Benarkan Selepas PKP Tamat !"
Catat Ulasan