Loading...

Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

Loading...
Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad
link : Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

Baca juga


Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad


KUALA LUMUR - Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bahawa partinya masih belum memuktamadkan calon untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

Jelasnya, ini kerana perbincangan mengenai perkara tersebut masih dilakukan dan pimpinan parti baru saja mengadakan pertemuan pada hari ini bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah dan pimpinan parti negeri.

"Hari ini, (pimpinan) jumpa Adun PAS dan Umno Kedah. Bincang macam-macam perkara (termasuk) urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan sebagainya.

"Calon Menteri Besar terserah kepada Tuanku (Sultan Kedah), sekarang masih ada Menteri Besar. Buat masa ini, Mukhriz (Mahathir) masih menteri besar," katanya.

Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengadakan pertemuan denganbersama kepimpinan PAS dan UMNO Kedah.

Dipercayai, pertemuan itu bagi membincangkan peralihan kuasa kerajaan negeri.

Pengerusi UMNO negeri, Jamil Khir Baharom; Pesuruhjaya PAS negeri, Ahmad Yahaya dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut hadir pertemuan itu.

Rabu lalu, PAS Kedah menyuarakan keyakinan untuk mengambil alih kerajaan negeri tersebut daripada Pakatan Harapan (PH) yang kini dipimpin oleh Mukhriz Mahathir.

Keyakinan itu bersandarkan kerjasama Muafakat Nasional antara PAS dengan UMNO yang kini memiliki 17 kerusi DUN, selain masalah yang didakwa berlaku dalam kalangan Adun PH.

Sementara itu, Takiyuddin yang ditanya spekulasi mengenai pertukaran menteri besar Kedah, juga berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Itu atas Sultan,” katanya ringkas.

Ketika ini, komposisi DUN Kedah menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), DAP (2) dan UMNO (2). #sumber


Demikianlah Artikel Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

Sekianlah artikel Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/ahmad-samsuri-calon-menteri-besar-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahmad Samsuri: Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad"

Catat Ulasan

Loading...