Loading...

BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !

Loading...
BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !
link : BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !

Baca juga


BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !


KUALA LUMPUR: Pemohon berstatus pelajar dan tidak melepasi syarat kelayakan usia adalah antara alasan yang menyebabkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN memaklumkan, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN, kerana layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara one-off.

Alasan lain yang menyebabkan permohonan BPN ditolak adalah semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM8,000 atau melebihi RM4,000 bagi individu bujang, serta status kahwin dengan maklumat yang sama.

"Selain itu, permohonan juga ditolak kerana tidak layak disebabkan pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

"Bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my," kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, dalam perutusan khasnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.

Seramai 8.3 juta penerima akan menerima bantuan itu bagi fasa pertama dengan jumlah peruntukan RM9.3 bilion, manakala 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

LHDN menjelaskan, kerajaan menerima banyak aduan mengenai permohonan yang ditolak termasuk daripada pemohon yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

"Justeru, pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

"Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN," katanya.

LHDN memaklumkan, bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

"Untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak saja menerima BPN, semakan data dibuat dengan amat teliti bagi mengelak sebarang penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang

menepati syarat BPN akan menerima bantuan berkenaan," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN melalui portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my. #sumber


Demikianlah Artikel BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !

Sekianlah artikel BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/bpn-pelajar-belum-cukup-usia-punca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BPN Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak !"

Catat Ulasan

Loading...