Loading...

Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu

Loading...
Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu
link : Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu

Baca juga


Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi terbabit, berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.
Ahli Parlimen Besut itu mengambil alih daripada Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FELDA.
Mohd Bakke sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA untuk penggal selama dua tahun, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2021.
Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, yakin pengalaman dan kepimpinan Idris berupaya menerus serta mempercepatkan usaha pemulihan agensi terbabit, selain menzahirkan penghargaan terhadap pelbagai sumbangan Bakke selama ini.
Othman menyifatkan pengerusi terdahulu amat komited dalam membawa pelbagai pembaharuan dan strategi pemulihan, terutama untuk menjayakan pelan transformasi menerusi inisiatif Kertas Putih FELDA.
"Komitmen beliau (Bakke) memberikan semangat kepada seluruh warga FELDA untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan organisasi ini terus maju dan mencapai pertumbuhan yang stabil serta lestari.
"Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau dan mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan karier beliau seterusnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Idris sebelum ini pernah menyandang pelbagai jawatan, termasuk Menteri Pengajian Tinggi, dari Julai 2015 hingga Mei 2018 dan Menteri Pendidikan II dari 16 Mei 2013, selain Menteri Besar Terengganu (2004-2008), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Timbalan Menteri Usahawan (1995-1999).
Beliau berkelulusan Ijazah Sains Sosial (ijazah kelas pertama) dari Universiti Sains Malaysia (1980) dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari University of New Haven, USA (1988), malah mempunyai kelulusan Bahasa Arab dari Universiti Jordan (1993-1994) serta Pengurusan Lanjutan dari Universiti Harvard, USA (2001) dan INSEAD Perancis (2008). #sumber


Demikianlah Artikel Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu

Sekianlah artikel Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/idris-jusoh-di-lantik-sebagai-pengerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Idris Jusoh Di Lantik Sebagai Pengerusi FELDA Yang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...