Loading...

Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian

Loading...
Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian
link : Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian

Baca juga


Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian


KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Bin Muda hari ini mengadakan lawatan ke lokasi rumah setinggan di Tanjung Lumpur yang didiami secara haram tanpa kebenaran.

Lawatan hari ini turut dihadiri Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato Asmiza, Unit Penguatkuasa negeri Pahang, wakil Pejabat Daerah Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Ketua Kampung, Penghulu dan UMNO Kuantan.

Menurut YB. Abdul Rahim, terdapat 31 buah rumah setinggan di kawasan itu dimana 21 buah rumah masih didiami penduduk secara haram melibatkan 101 isi rumah walaupun ianya telah dikosongkan sebelum ini,

“Penduduk asal di kampung setinggan ini telah mendapat pembelaan Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini apabila mereka telah dipindahkan ke Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Pak Mahat yang berhampiran penempatan setinggan itu,

“Namun masih ada sebilangan penduduk lain termasuk orang luar yang hadir dan menetap di tanah Kerajaan Negeri itu secara haram, walaupun mengetahui ianya salah dan Kerajaan Negeri telah lama memindahkan penduduk asal di situ,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.



Beliau berkata, dalam lawatan hari ini, Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan telah mengeluarkan notis 14 hari meminta mereka yang menetap secara haram untuk kosongkan rumah berkenaan bagi kerja-kerja pembangunan dan membesarkan jalan yang dijangka selepas Aidilfitri nanti.

“Namun begitu, Kerajaan Negeri tetap bersedia menawarkan mereka rumah PPR di Kampung Pak Mahat bergantung kepada kelayakan dan latarbelakang mereka setelah penilaian dilakukan sebaik mungkin,” jelasnya.

Katanya lagi, tindakan pengosongan tanah haram ini bukan sahaja tertumpu di Tanjung Lumpur malah ianya melibatkan seluruh Negeri Pahang demi kebaikan semua pihak.

“Rakyat juga diminta untuk menilai dan mendapat maklumat yang tepat berkenaan sesuatu isu yang timbul bagi mengelak salah faham dan mengundang fitnah yang akhirnya merugikan semua pihak.

Beliau yakin rakyat di negeri Pahang sentiasa berhemah dan lebih bijak ketika menilai sesuatu isu dan mereka tahu keikhlasan serta kesungguhan Kerajaan Negeri membela nasib rakyat selama ini.

Beliau turut menasihatkan pihak tertentu atau NGO perlulah berhubung dengan pimpinan setempat sebelum menyalurkan bantuan dan Kerajaan Negeri sememangnya mengalu-alukan sebarang sumbangan atau bantuan kepada penduduk dengan saluran yang betul dan bersasar, katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian

Sekianlah artikel Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/penduduk-setinggan-haram-tanjung-lumpur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penduduk Setinggan Haram Tanjung Lumpur Di Beri Perhatian"

Catat Ulasan

Loading...