Loading...

SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini

Loading...
SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini
link : SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini

Baca juga


SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menyusun tatacara pilihan raya kecil (PRK) DUN Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik Covid-19 di negara ini.
Agensi yang terbabit dalam libat urus itu ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata pihaknya mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan Jumaat lepas yang membincangkan beberapa perkara sekiranya tarikh PRK itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sudah tentu kalau hari mengundi ketika PKPB berkuat kuasa, maka prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti penjarakkan sosial, memakai penutup hidung dan mulut, menggunakan cecair pembasmi kuman, memeriksa suhu badan dan sebagainya akan dilakukan.
“Itu adalah langkah-langkah yang akan dibuat… SPR akan terus lakukan libat urus dengan pihak-pihak berkenaan sehinggalah tarikh PRK itu hampir dan waktu itu, kita akan muktamadkan tatacara PRK tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengenai keadaan DUN Chini yang ketika ini berada dalam zon hijau, Azhar berkata pihaknya akan mempertimbangkan banyak perkara berhubung keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan PRK kali ini.
Beliau berharap kawasan itu akan terus kekal sebagai zon hijau dan tiada sebarang jangkitan Covid-19 sehingga berakhirnya PRK.
“Kita tidak mahu zon hijau itu dicemarkan menjadi zon merah oleh kerana pilihan raya kecil,” katanya.
DUN Chini kosong berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Abu Bakar Harun, 60, dari Barisan Nasional di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada Khamis 7 Mei.
Notis kekosongan DUN itu diserahkan Speaker DUN Pahang Ishak Muhammad kepada SPR pada Jumaat.
Pada PRU14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini, yang berada di bawah Parlimen Pekan, dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi. #sumber


Demikianlah Artikel SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini

Sekianlah artikel SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/spr-minta-pandangan-mkn-kkm-tatacara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPR Minta Pandangan MKN, KKM Tatacara PRK DUN Chini"

Catat Ulasan

Loading...